Foto bayi tersebut dikongsi sendiri oleh Keith dan isterinya menerusi akaun Instagram (IG) mereka semalam.
Dengan hanya menggunakan kapsyen #SkylarRaymondFoo #myaddiction #mydaughter #powerless #loverespectunity, foto tersebut jelas menunjukkan wajah Skylar lebih menyerupai ibunya berbanding aktor berkenaan.
Malah pengikut IG juga turut menyatakan perkara yang sama dan rata-ratanya memuji kecomelan anak perempuan mereka.
Antara komen yang diterima ialah:
@etysicca: Baby Skylar macam ikut muka mummy dia @kimchiraymond je. Hehe by the way she's soo cute!!
@qaseh_syamimie: Kenapa comel sangat awak ni baby Skylar. So so so cute sangat.
@ay_zeck: Cantik, hidungnya terletak.
Dalam pada itu, sama seperti selebriti lain, pasangan ini juga memilih untuk membuka satu akaun IG buat Skylar.
Setakat ini IG @skylarraymondfoo baru saja mempunyai enam foto dengan hampir 3,000 pengikut.
Teks oleh: Mya Amri