Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengacaraan, penyanyi dan pelakon Alif Satar juga boleh mengalunkan azan dengan baik.

Ketika pihak Astro menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat menerusi projek #DariHati di Pusat Jagaan Titian Kaseh di Taman Tasik Titiwangsa pada Khamis lalu, Alif sempat meluangkan masa dalam menjalankan aktiviti amal bersama anak-anak yatim.

Setibanya waktu Solat Maghrib yang menandakan sudah masuknya waktu berbuka puasa, Alif berkesempatan mengalunkan azan di pusat jagaan tersebut.

Sedutan video azan yang dialunkan oleh Alif telah dimuat naik menerusi akaun Instagram Astro Gempak, @astrogempak.

#GempakLive : Terima kasih kepada @alifsatar kerana melaungkan azan masuk waktu berbuka di Rumah Titian Kasih hari ini...Selamat berbuka puasa semua.. #KosongKosong #DariHati

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on



Di ruangan komen, ramai peminat yang memuji gema suara Alif yang begitu merdu melaungkan azan.

Ada juga peminat yang merasakan kesyahduan selepas mendengar alunan azan Alif serta memuji Alif kerana dia tidak hanya berbakat dalam bidang nyanyian, tetapi turut mempunyai bakat mengalunkan azan.

Selain Alif, projek #DariHati di Pusat Jagaan Titian Kaseh di Taman Tasik Titiwangsa pada Khamis lalu turut disertai selebriti lain seperti Siti Nordiana, Dafi, Nadya Syahera, Natasha Elyzza, Datin Nina Juren, Aleza Shadan, Sweet Qismina, Erwin Dawson, Ziha AF, Amira Othman, Adriana Adnan, dan Yaya Zahir.

#GempakLive : Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan projek #DariHati .. #KosongKosong

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Ikuti perkembangan aktiviti tanggungjawab sosial korporat Astro menerusi projek #DariHati di laman Instagram @astrogempak.

Gunakan hashtag #KosongKosong #DariHati untuk berkongsi foto serta momen sambutan Syawal di laman sosial.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

#GempakLive : Team Projek #DariHati kini berada di Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa untuk majlis berbuka puasa dan penyerahan baju raya hasil dari anda! #DariHati #KosongKosong

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

#GempakLive : Tengok ni @natashaelyzza dan @sweetqismina melayan kerenah adik-adik comel main game.. . #DariHati #KosongKosong

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

#GempakLive : Ramainya peminat @sitinordiana dan @aleza_shadan kat sini.. Berebut-rebut nak salam.. Adik-adik ni peminat cerita Dia Semanis Honey rupanya.. #DariHati #KosongKosong

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

#GempakLive : Bestnya tengok @erwin_dawson bermain dengan adik-adik ni.. Macam nak join pun ada jugak ni..korang pernah main game ni tak? Kena cakap dengan kuat kalau nak main game ni tak boleh Bisik Pada Langit sebab Bisik Pada Langit keluar September ni..nantikan.. #DariHati #KosongKosong

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

#GempakLive : Eh eh rancak betul @amiraaothman @adrianaadnan dan @yayazahir berborak dengan adik-adik ni.. #DariHati #KosongKosong

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

#GempakLive : Hero Dia Semanis Honey pun ada kat sini.. Sampai-sampai terus bantu team projek #DariHati sediakan juadah berbuka.. #KosongKosong

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

#GempakLive : Solat berjemaah bersama-sama penghuni Rumah Titian Kaseh.. #DariHati #KosongKosong

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

#GempakLive : team Projek #DariHati tengah sediakan makanan untuk penghuni Rumah Titian Kasih #DariHati #KosongKosong

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

#GempakLive : Berseleranya tengok adik-adik ni menjamu selera dengan team projek #DariHati .. #KosongKosong

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

#GempakLive : Wah!seronoknya adik-adik dapat duit raya, bantal dan baju raya sumbangan dari anda semua.. #DariHati #KosongKosong

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on