Dalam tempoh empat hari dilancarkan, iklan Hari Raya Astro ‘Kisah Benar Adli & Luqman’ telah mencapai tiga juta pengguna, sejuta tontonan di media sosial dan telah dikongsikan sebanyak 10,000 kali.
Istimewanya, iklan ini turut mendapat perhatian daripada media sosial antarabangsa seperti Jay Shetty, Bright Vibes dan Autism Parenting Magazine.
Menekankan kepentingan amalan memohon ampun dan maaf di hari lebaran, Astro dengan tema ‘Kosong Kosong, Dari Hati’ meletakkan nilai kemaafan dalam bentuk tersendiri untuk penonton pada kali ini.
Ketua Penjenamaan, Pemasaran Bahagian Melayu dan Astro Gempak, Raja Jastina Raja Arshad berkata, keunikan iklan Hari Raya Astro yang mengangkat kisah sebenar sering menjadi perhatian umum dan tauladan.
“Sejak beberapa tahun yang lalu Astro telah menerbitkan iklan raya berkonsepkan ‘story-telling’ supaya dapat menyampaikan pengajaran tersirat kepada penonton.
“Sudah tiga tahun Astro menampilkan konsep iklan raya berdasarkan kisah benar. Pada tahun 2015 Astro tampil dengan iklan raya ‘Kosong Kosong, Buka Lembaran Baru’ pada yang menceritakan tentang Herman.
“Pada tahun 2016 pula mengangkat kisah ‘Kosong Kosong, Berikan Masa’ yang berkongsi kisah tentang seorang gadis remaja bernama Zika.
“Bagi tahun ini pula Astro telah memilih kisah Adli dan anaknya Luqman untuk mesej Raya 2017 Astro setelah melalui proses pemilihan cerita-cerita yang memberi inspirasi.
"Lebih menarik lagi, cerita ini datang dari hati Adli sendiri dan disampaikan dalam bentuk kata-katanya sendiri,” katanya.
Iklan Hari Raya Aidilfitri Kisah Benar Adli & Luqman: Dari Hati Ayah turut memberi kesedaran dan membuka minda masyarakat agar lebih peka dan prihatin mengenai autisme.
Oleh itu Astro berharap iklan ini sedikit sebanyak dapat memberi impak positif kepada masyarakat agar sentiasa menghargai nilai keikhlasan sekaligus menghargai orang yang sentiasa mengharapkan perhatian kita.
Selari dengan tema, kisah Adli telah dipilih kesungguhannya dalam memberi kesedaran serta sokongan kepada golongan autisme.
Iklan berdurasi satu minit bagi versi televisyen dan lima minit bagi versi penuh di laman sosial ini diarahkan oleh pengarah kreatif, Maurice Noone dari Thinktank dan dibantu oleh Naga DDB Tribal serta Pemasaran Bahagian Melayu Astro menjadikan sekitar Lembah Klang sebagai lokasi penggambaran selama dua hari.
Saksikan iklan raya tersebut dengan hashtag #KosongKosong #DariHati.
Kamaruddin Razal
Sat Jun 17 2017
Miliki Kereta Pertama, Ramai Puji Amir Jahari Tak Beli Jenama Mewah - “Sederhana Itu Nyaman”
Tahniah Amir.
Individu Hisap Rokok Dalam Premis Makanan Tunjuk Samseng Bila Ditegur - “Dah Lah Salah, Angkat Jari Bagai..”
Sepotong video merakamkan seorang individu dipercayai merokok dalam sebuah premis makanan berjaya menarik perhatian netizen.
Netizen Serkap Jarang Tuduh Peminat Nadhir Nasar Sebagai Terlalu Obses, Ini Respons Tuan Punya Badan
Mengakui ia bukanlah hal yang besar, Nadhir berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan video tersebut.
Ruhainies Kongsi Kisah Sebenar Video Di Lapangan Terbang - "Dunia Ni Dah Terlalu Tenat & Penuh Dengan Fitnah"
Ruhainies tampil memberi penjelasan mengenai cerita sebenar di sebalik video berkenaan.
Selepas Tular Video Minta Job, Datuk Red Kini Jadi ‘Model’ Baju Raya Jakel!
Usahawan kontroversi, Datuk Red berjaya menarik perhatian ramai baru-baru ini apabila dipilih menjadi model baju raya bagi jenama tekstil popular, Jakel.
Ruhainies & Aliff Aziz Dirakam Berada Di Lapangan Terbang
Selepas beberapa ketika mendiamkan diri susulan kes tangkap khalwat, pelakon Ruhaines dilihat sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) bersama penyanyi dan dramatis Aliff Aziz.
“Bahagianya Dapat Jiran Macam Ni” - Penduduk Berbilang Kaum Turut Sama Join Vibe Raya, Siap Tolong Pasang Hiasan
Best dapat jiran sporting macam ni kan.
Abang Tesla Mahu Bantu Datuk Red Bina Perniagaan & Langsaikan Hutang - “Saya Terpanggil…”
Abang Tesla nak bantu Datuk Red.
PM Anwar Beri Bayangan Tiada 'Cuti Tambahan' Sempena Sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri memberi bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri April depan.
Datin Patimah Akui Kembali Gembira Tahun Ini - “Alhamdulillah, Saya Lebih Sihat…”
Isteri kepada pengarah Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail mengakui kesihatannya bertambah baik sepanjang melalui bulan Ramadan pada tahun ini.