Pelakon Saharul Ridzwan akui rasa penat bekerja hilang sebaik sahaja pulang ke rumah dan bertemu dengan anak lelakinya, Muhammad Luth Ali.

Perasaan gembira itu juga dikongsi oleh Saharul semalam dengan memuatnaik foto menerusi akaun Instagram yang merakamkan jari kecil anaknya.

Membahasakan dirinya dengan panggilan baba, Saharul telah menulis kapsyen ringkas yang menunjukkan tanda sayangnya terhadap Ali.

“Hilang penat Baba bila pegang tangan Ali walaupun Baba tak tidur hampir 3 hari,” tulisnya.

Dalam pada itu, ruangan komen foto berkenaan dipenuhi dengan nasihat peminat yang bimbangkan tahap kesihatan pelakon itu.

Rata-ratanya meminta supaya Saharul tidak lupa untuk berehat memandangkan jadual kerjanya yang padat.

@azahathirah_: Baba pun jaga la kesihatan tu ciked. kalau baba sakit Ali jugak risau.

@ahmadsyazli_: Kerja keras baba Ali ni tau @saharulridzwan uncle Lee pun tak tahu mana baba dapat energy back to back cari rezeki. Rupanya mummy dengan Ali motivasi.

@nuriedah: Baba pun kena jaga kesihatan jugak. Nanti siapa nak jaga baby dengan ibu.

Hilang penat Baba bila pegang tangan Ali walaupun Baba tak tidur hampir 3 hari. ❤️

A post shared by SAHARUL RIDZWAN (@saharulridzwan) on

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

A post shared by SAHARUL RIDZWAN (@saharulridzwan) on

Teks oleh: Mya Amri