Pernah didakwa sebagai seorang yang sombong, aktor Fattah Amin membuktikan dirinya tidak seperti yang disangka sesetengah pihak.

Walaupun sibuk dengan tuntutan kerjayanya sebagai seorang pelakon, Fattah sempat meluangkan masa bersama golongan yang memerlukan seperti anak-anak yatim dengan cara tersendiri.

Pada Rabu lalu, ketika pihak Astro menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat menerusi projek #DariHati di Pusat Jagaan Rumah Perlindungan Rahoma di Jalan Maktab, Kuala Lumpur, Fattah sempat meluangkan masa untuk membuat panggilan video bersama anak-anak yatim di sana.

Masa yang diluangkan Fattah kepada anak-anak yatim itu nyata mempu mengukir senyuman di wajah mereka. Biarpun hanya seketika, anak-anak yatim itu gembira dengan inisiatif yang dilakukan Fattah.

Sedutan panggilan video Fattah telah dimuat naik menerusi akaun Instagram Astro Gempak, @astrogempak.

#GempakLive : Untung tau dorang siap dapat video call dengan @fattahaminz sebelum berbuka ni. #DariHati #KosongKosong

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Peminat yang menyaksikan rakaman tersebut meninggalkan komen positif di ruangan komen dan senang dengan usaha yang Fattah lakukan dalam menggembirakan hati anak-anak yatim.

“sha_norliza: FA suka layan budak-budak.. Comel laaa. Lots of love.”

“douselove: Ramai yang sayang Fattah Amin and ramai kanak-kanak juga sayang sangat dengan Fattah kerana dia seorang yang genuine, ikhlas, jujur, humble, mudah mesra dan tak lokek dengan senyuman. Terserlah aura @fattahamin the truly icon @astrogempak.”

“lizam68: Wow that so sweet and thoughtful Fattah! Happy to see this kids enjoyed the video call from Fattah.”

Jangan lupa saksikan drama bersiri Hero Seorang Cinderella lakonan Fattah bersama Nur Fazura yang akan memasuki minggu terakhir.

Pastikan anda melekat di kaca televisyen setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Gunakan hashtag #HeroSeorangCinderella untuk berinteraksi mengenai drama bersiri itu di laman sosial.

Dalam masa yang sama, ikuti perkembangan aktiviti tanggungjawab sosial korporat Astro menerusi projek #DariHati di laman Instagram @astrogempak.

Gunakan hashtag #KosongKosong #DariHati untuk berkongsi foto serta momen sambutan Syawal di laman sosial.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

#GempakLive : Team Projek #DariHati kini berada di Pusat Penjagaan Rumah Perlindungan Rahoma KL untuk majlis berbuka puasa dan penyerahan baju raya hasil dari anda! #DariHati #KosongKosong

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

#GempakLive : Bukan main seronok dorang dapat jumpa akak cantik @nabila.razali tau kat Projek #DariHati ni. #KosongKosong #DariHati

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

#GempakLive : Alhamdulillah tamat sudah Projek #DariHati Majlis berbuka puasa dan penyerahan baju raya bersama Anak Yatim untuk hari ini. #KosongKosong #DariHati

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on