Pelawak, pelakon dan pengacara Zizan Razak kini sedang berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah.

Menerusi kemas kini terbaru pelakon filem Polis Evo itu di laman Instagram miliknya, @zizanrazak869, Zizan memuat naik foto yang menampilkan imej terbarunya yang berkepala botak.

Peminat nyata terkejut dengan penampilan terbarunya kerana semenjak terlibat dalam industri seni bermula tahun 2007, Zizan tidak pernah tampil membotakkan kepala.

Ada peminat yang bergurau dengan Zizan dengan menyamakan penampilan terbaru Zizan dengan salah sebuah watak dalam filem Sivaji The Boss.



Ada juga peminat yang turut berseloroh dengan menyamakan imej Zizan persis penyanyi terkenal antarabangsa, Pitbull.

Rata-rata komen yang ditinggalkan di laman Instagram Zizan mendoakan agar jejaka itu dipermudahkan urusannya semasa mengerjakan ibadah.



Kali terakhir Zizan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah Umrah adalah pada bulan Jun tahun lalu.

Astro Gempak mendoakan semoga Zizan mendapat Umrah yang mabrur, Insya-Allah.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sabda Rasulullah SAW "Umrah pada bulan Ramadhan itu menyamai Haji bersamaku" -al Hadith #umrah2017 #ramadan2017

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Ringankan beban bukan dengan tinggalkan tetapi selesaikan dan bersihkan.. peluang itu ruang dan jangan sesekali buang tanpa toleh kebelakang.. #ramadan2017 #umrah

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on