Bakal menyambut kedatangan Syawal tanpa kehadiran bapa tersayang ternyata amat sukar bagi pelakon, Rebecca Nur Al Islam.

Menerusi beberapa entri terbaru akaun Instagram (IG)nya jelas menunjukkan aktres itu sedang berusaha untuk menyesuaikan diri menjalani kehidupan tanpa arwah bapanya.

"Tempat duduk arwah... Allahyarham papa meninggal dalam keadaan duduk di kerusi kegemarannya ini. Arwah sedang duduk dan dalam keadaan seperti sedang tidur.

"Pa.... Papa tengah buat apa tu kat sana? Mesti dikelilingi sahabat baru yang soleh dan disayangi Allah S.W.T. InshaAllah, indah rumah baru papa. Ameen AllahHumma Ameen,"
tulisnya.

Entri tersebut turut disertakan dengan hashtag #Mrsazam, #mydaddy, #05062017, #papapergiselamanya dan ##syurgatempatmu.

Tempat duduk Arwah?Allahyarham Papa meninggal Dalam keadaan duduk Di kerusi favourite nya Ini??Arwah sedang duduk dan dalam Keadaan Seperti tido...Pa.......Papa tgh buat apa tu kat sana?Mesti Di Kelilingi Sahabat Baru Yg Soleh Dan Di Sayangi Allah swt?InsyaAllah Indah Rumah Baru Papa???Ameen AllahHuma Ameen ? #mrsazam #alfatihah #mydaddy #AhmadBinAriffin #syurgatempatmu #05062017 #PapaPergiSelamanya #ramadhanke10 #alfatihah

A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on


Rebecca juga turut menceritakan detik-detik terakhir bapanya sebelum meninggalkan mereka sekeluarga.

"Motor kesayangan arwah, motor inilah yang dibawa arwah hari terkahir sebelum arwah papa meninggalkan saya buat selamanya.

"Pukul 3.30 petang orang kampung dan teman rapat saya nampak arwah pergi tuang minyak dan beli air tin laici untuk berbuka.

"Ya Allah Ya Rasulullah, pukul 4.40 petang abang datang rumah dan lihat arwah duduk di sofa dan dah pergi buat selama-lamanya.

"Pa sungguh mudah papa pergi meninggalkan mama dan anak-anak semua. Allah lebih menyayangi papa dari kami semua. Papa pegi di bulan yang baik, 10 Ramadan.

"Hati ini rasa marah tapi apakan daya adik kena redha dengan ketentuan Allah yang ingin meletakkan papa ke dalam rumah yang lebih indah dari dunia yang penuh pancaroba.

"Saya akan sentiasa merindui papa till jannah. Sampai tuhan temukan kita semula dengan papa di syurganya tanpa hisab. I love you pa....,"
tulisnya.

Bapa Rebecca menghembuskan nafas terakhir pada 5 Jun lalu.

Teks oleh: Mya Amri

Motor kesayangan Arwah???Motor ni la yg di bawa arwah hari terakhir sebelum arwah papa meninggal kan saya buat selamanya...pukul 3.30 ptg orang kampung dan teman rapat saya nampak Arwah pergi tuang minyak dan beli Air tin Laici,utk berbuka???Ya Allah Ya Rasulullah ?Pukul 4.45 ptg Abg Datang Rumah dan melihat arwah duduk di Sofa Dan Sudah Pergi Buat Selama Lamanya???????Pa,sungguh mudah papa pergi meninggal kan mama dan Anak2 semua....sesungguhnya Allah Swt lebih Menyayangi Papa Dari Kami Semua?Papa pergi Di bulan Yg Baik,10 Ramadhan??Hati Ini rasa marah,tapi Apakan Daya,Adik kena Redha Dgn Ketentuan Allah swt yg ingin meletakKan Papa Ke Dalam Rumah Yg Lagi Indah Dari Dunia Yg Penuh dgn Pancaroba??i will miss you everyday till jannah,till Allah swt ketemu kan Kita Semula dgn Papa Di Syurga nya tanpa Hisab ?i love you Pa............... #mrsazam #mydaddy #AhmadBinAriffin #alfatihah #syurgatempatmu #05062017 #mypapa

A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on

Allahyarham stuff ??Baju dan Seluar yg papa pakai masa meninggalKan Kami semua,favourite baju dia tu....wallet masih ada dalam seluar? buku 555 dan buku memo,dan inhaler pun ada skali dalam pocket baju arwah?Jam tangan yg masih arwah pakai,cermin mata arwah yg tergantung di tengah bajunya? dua hand phone arwah yg masih ada dalam pocket arwah ??satu phone mama simpan...bekas kuning tu Gigi palsu arwah yg sempat abg cabut kan??dan Air Tin Laici Favourite Arwah Papa..Hampir every day Arwah beli air tin laici tu?Last arwah sempat beli hari terakhir arwah meninggal tapi arwah tak sempat minum???? Kami berbuka dulu pa...We love you❤️Papa Sentiasa DiDalam Hati Kami Semua❤️ #mrsazam #mypapa #alfatihah #mydaddy #syurgatempatmu #05062017 #PapaPergiSelamanya ? Allah Hu Akbar?

A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on

Selipar papa???Bagi je la,selipar lain,Beli kan Selipar lain tak kan Dia pakai,Dia Tetap Sayang Selipar ni,Setia dgn selipar ni,Sapa pakai pakai dia Akan Cari macam kehilangan anak,Pastu dia marah"jgn pakai selipar aku,ni selipar special utk hilang Kan sakit kaki"???i miss you Pa❤️ #05062017 #syurgatempatmu #mydaddy #WeLoveYouDad? #PapaTinggalKanSayaBuatSelamaNya?????

A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on