Pelakon Syafie Naswip akui suka memasak dan menjadikan perkara itu sebagai satu hobi.

Kata Syafie, dia mula memasak sejak berumur 14 tahun dan juadah pertamanya adalah rendang ayam.

“Sebenarnya sejak kecil saya dipaksa ibu untuk memasak, itu yang membuatkan saya dah terbiasa untuk ke dapur.

“Sekarang nak kata hebat memasak tu tidaklah, tapi kira bolehlah untuk menjamu tetamu yang hadir beraya nanti.

“Bagi saya setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan ‘stress’ dan cara saya adalah dengan memasak.

“Memasak bagaikan satu terapi untuk saya dan rasa puas hati bila berjaya memasak juadah dengan air tangan sendiri.

“Saya pula jenis yang suka makan, jadi bolehlah saya cuba memasak pelbagai jenis makanan dengan cara yang sihat,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam perkembangan lain, Syafie telah mengurangkan aktiviti seni sepanjang bulan Ramadan untuk mengikuti bengkel lakonan.

Ayam Goreng Balado #AirTanganSiBujangGombak

A post shared by Actor/25 (@syafienaswip) on


Teks oleh: Mya Amri