Tinggal lebih kurang seminggu lagi sebelum umat islam seluruh dunia menyambut kedatangan Aidilfitri.

Sebagai seorang wanita, sudah pasti antara perkara utama yang dititkberatkan adalah kecantikan.

Namun jangan khuatir kerana pelakon cantik, Mira Filzah berkongsi tiga tips mudah untuk kelihatan segar sepanjang hari ketika beraya.

Kurangkan Makanan Berminyak

"Maklumlah, bila beraya memang sukar untuk kita nak elak daripada menyentuh makanan yang sedap antaranya rendang, lontong, kuah kacang dan ketupat palas.

"Kalau boleh jangan ambil berlebihan takut memudaratkan diri nanti. Seeloknya berhenti makan sebelum tertalu kenyang. Nanti ketat pula baju raya," katanya berseloroh.

Lebihkan Minum Air Masak

“Lagi satu tips yang saya selalu amalkan adalah lebihkan minum air masak dan kurangkan minuman manis.

"Tak kiralah air manis itu rasa sedap macam mana pun, tapi air masak jugalah yang paling baik dan bagus untuk badan kita.

"Yang paling penting, itu merupakan antara cara mudah untuk mengekalkan kelembapan kulit kita supaya tidak kelihatan kusam," ujarnya.


Krim Pelindung Matahari dan Pelembab

“Kadang-kadang kalau beraya dikampung, suasana di sana agak panas dan menyebabkan kulit muka menjadi kering.

“Jadi untuk pastikan kulit sentiasa nampak segar, saya tidak mengguna petua yang susah, cukuplah dengan hanya memakai krim pelindung matahari dan juga pelembab," jelasnya.

Teks Oleh: Mya Amri