Anak kepada pemain bola sepak David Beckham, Romeo telah menarik perhatian netizen apabila menyamakan fesyen ibunya, Victoria dengan lobak merah.

Menerusi muatnaik di laman instagramnya, Romeo telah berkongsi sekeping gambar ibunya yang tampil dengan imej yang unik.

Menerusi entri tersebut, Romeo telah membandingkan foto ibunya dengan sebatang pen berbentuk lobak merah dan karekter seekor arnab bernama Judy Hopps.

Dengan menggunakan kapsyen ringkas "Hilarious!," ternyata gambar tersebut mengundang rasa lucu pengikutnya.

Hilarious!!!?

A post shared by Romeobeckham (@romeobeckham) on


Penampilan bekas anggota Spice Girl yang mengenakan baju berlengan panjang berwarna jingga dan seluar hijau tersebut dirakamkan paparazzi ketika Victoria berada di New York.

Pakaian itu juga merupakan koleksi terbaharu musim panas jenamanya.