Pelakon Ayu Raudhah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya semalam.

Bayi perempuan comel itu dilahirkan pada jam 10.52 pagi bertempat di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya yang merupakan pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha Abd. Radzak melalui akaun Instagram (IG)nya semalam.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Zaquan melahirkan rasa syukur kerana isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah dengan izin Allah, isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 10.52 am pagi tada. Syukur pada mu Ya Allah,”
tulisnya.

Dalam pada itu, Zaquan juga turut mendedahkan wajah anak perempuannya dan ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah pengikut IGnya.

Rata-ratanya memuji kecomelan bayi perempuan sulung mereka dan mendoakan Ayu selamat menjalani tempoh berpantang.

Terdahulu, pasangan itu mempunyai dua anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 4 dan Muhammad Aisy Aryann, 3.

alhamdulillah dengan izin allah,isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 10.52 am pagi td..syukur pada mu ya allah..??????

A post shared by zaquan adha (@zaqone_08) on


Teks oleh: Mya Amri