“Saya Minta Maaf…” itulah ayat pertama yang diungkapkan oleh anggota kumpulan Big Bang, T.O.P sebaik sahaja dibawa keluar daripada hospital dengan menggunakan kerusi roda sebentar tadi.

T.O.P yang memakai baju hospital hanya menundukkan kepalanya sebaik sahaja bertemu media di pintu keluar Pusat Perubatan Universiti Wanita, Ewha Mokdong.

Menurut laporan Koreaboo, T.O.P akan meneruskan rawatannya di sebuah hospital lain atas permintaan keluarganya.

“Kami tidak boleh mendedahkan lokasi hospital tersebut kerana itu akan mengganggu privasinya. Kami harus menghormati permintaan keluarganya.

“Dia akan meneruskan rawatan dalam bilik perseorangan, hospital kami tidak mempunyai bilik privasi dan itu merupakan antara sebab utama keluarganya mahu bertukar hospital,” jelas wakil hospital tersebut.

Sementara itu, portal Starnews dan MBN Stars telah mendedahkan foto-foto eksklusif penampilan pertama T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung Hyun selepas kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak tiga hari lalu akibat penggunaan ubat yang berlebihan.

Berikut merupakan foto-foto eksklusif yang diambil oleh portal berkenaan:

Baca: IBU TARIK NAFAS LEGA, T.O.P SEDAR SELEPAS TIGA HARI KRITIKAL