Miss K simpati dengan nasib tunang kepada selebriti wanita ini selepas mendengar seorang rakan mengadu mengenai perangai ‘gelenyar’ bakal isterinya itu.

Rakan Miss K beritahu, selebriti bertubuh genit tersebut khabarnya sedang dilamun cinta dengan seorang jurulatih gim yang bertubuh sado!

Dalam erti kata lain, skandal barunya itu lebih ‘elok’ rupa paras berbanding tunangnya.

Kata rakan Miss K, bibit cinta mula bersemi selepas selebriti tersebut menjadi ahli di gim tersebut. Niat awal untuk bersenam dan mencantikkan diri sebelum berkahwin nampaknya sudah terpesong.

“Mungkin tak tahan tengok ‘instructor’ yang sado tu kot Miss K...Sebab itu dia jatuh hati. Tapi yang parahnya tunang dia lah...Sayang punya fasal, apa sahaja yang selebriti ni inginkan semua dia bagi.

“Khabarnya selebriti ini pun dah banyak kali keluar dengan ‘instructor’ sado tu.

"Bukan setakat sado, 'instructor' tu memang hensem. Dengarnya selebriti yang pandai menyanyi itu dah tinggalkan tunang dia sejak bulan April lepas lagi," luah rakan Miss K berkongsi rasa simpati.

Kasihan kepada tunang selebriti itu, kerana kata teman Miss K dia yang berhabis duit membayar yuran gim demi untuk menurut kehendak orang tersayang.

Tak sangka pula selebriti wanita itu sanggup menduakan tunangnya kerana selama enam tujuh tahun mereka bercinta pun, dah banyak wang ringgit dihabiskan untuk si selebriti.

Bukan itu sahaja, duit kereta pun tunang yang bayar. Maklumlah cinta mati!

Nampaknya madu yang tunangnya beri, racun tikus yang si selebriti ini bagi! Mesti jurulatih gim tersebut hebat orangnya, tambah-tambah lagi pernah ada isteri...haruslah banyak pengalaman dalam diri.

Alahai, kasihan kepada tunang si selebriti kerana terpaksa makan hati dengan perangai ‘birah’ bakal isteri.

Hmmm...nampaknya majlis perkahwinan terpaksalah ditangguhkan lagi!

Miss K: Teringat insiden jeling-menjeling dua artis wanita popular di sebuah gim.

*Ada gossip atau berita panas yang hendak dikongsi? Hantar kepada [email protected].