Anggota kumpulan Big Bang, T.O.P dilaporkan kembali sedar selepas berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak tiga hari lalu akibat penggunaan ubat yang berlebihan.

Perkara itu disahkan oleh ibunya selepas melawat anaknya kira-kira jam 1:45 tengah hari tadi.

“Keadaan anak saya bertambah baik dan kami juga telah bertentang mata,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada T.O.P mengenali dirinya, wanita itu hanya memberikan jawapan pendek.

“Ya,” ujarnya seperti dilapor Koreaboo.

Bagaimanapun, ibunya tidak mahu berkongsi lebih lanjut mengenai perkembangan anaknya itu.

T.O.P kini menerima rawatan intensif di Pusat Perubatan Universiti Wanita, Ewha, Mokdong.

Baca: DITEMUI TIDAK SEDARKAN DIRI, T.O.P KRITIKAL DI ICU

Baca: DISINGKIRKAN DARIPADA LATIHAN KHIDMAT KETENTERAAN KERANA DADAH, T.O.P MASIH MAMPU TERSENYUM