Ucapan pelakon Saharul Ridzwan kepada isterinya, Deena Emir yang baru sahaja melahirkan putera sulung mereka semalam membuatkan peminat tersentuh.

Menerusi posting yang ditulis oleh Saharul menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam, aktor itu telah meluahkan kata-kata penghargaan terhadap isterinya.

Saharul memberitahu dia tidak dapat membalas pengorbanan yang dilakukan Deena untuk melahirkan zuriat mereka.

“Alhamdulillah. Terima kasih @deenaemir wahai Isteriku. Saya ada bersama awak dalam berjihad mengarung nyawa demi satu nyawa yang amat penting dalam keluarga kita. Tak terbalas pengorbanan awak.

“Terima kasih kerana menjadi seorang yang faham diri saya. ‘I love you so much’ sayang @deenaemir dan selamat datang anak kesayangan semoga menjadi anak yang soleh yang tidak akan tinggalkan kami sewaktu hari tua kami. Amin,” tulisnya.

Saharul juga turut memuatnaik foto menunjukkan dirinya sedang mencium dahi isterinya sambil memangku anak sulungnya.

Manakala Deena pula tersenyum manis sambil memandang putera kesayangannya itu.

Foto yang merakamkan momen ‘sweet’ pasangan berkenaan telah menyentuh hati peminatnya.

“Tahniah SR, Selamat bergelar ayah. Jalankan tanggungjawab yang sempurna di dunia hingga ke Jannah,” kata Yatie Anggun.

“Bahagian terakhir ayat itu yang amat menyayat hati. Amin, Amin, Alhamdulillah. Tahniah untuk anda berdua,” tulis Nohrin Aqim.

Teks oleh: Mya Amri