Pelakon, Saharul Ridzwan selamat menimang cahaya mata sulungnya sebentar tadi.

Menerusi entri yang dimuatnaik di laman sosial Instagram (IG) miliknya, Saharul meluahkan rasa syukur dan mendedahkan jantina anaknya.

“Syukur. Tak payah caption panjang buat masa sekarang ni. Saya nak layan moments paling best ni dulu. Terima kasih semua, baby boy baba dah panggil dah,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun, wajah cahaya mata pertama pasangan ini belum didedahkan.

Dalam pada itu, ruangan komen IG Saharul dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminatnya.

Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September tahun lalu.

Syukur. Tak payah caption panjang buat masa sekarang ni. Sy nak laayan moments paling best ni dulu. Terima kasig semua ???? baby boy baba dah panggil dah. ???

A post shared by SAHARUL RIDZWAN (@saharulridzwan) on

Teks oleh: Mya Amri