Penyanyi terkenal Adele dilaporkan kini sedang dalam proses melakukan persiapan untuk melangsungkan pertungan dalam masa terdekat ini.

Daily Mail melaporkan, Adele dan kekasihnya iaitu Simon Konecki kini masih merancang untuk membawa hubungan percintaan mereka ke tahap yang lebih serius.

"Mereka telah berbincang bahawa kini merupakan waktu yang sesuai untuk melangkah ke tahap yang lebih serius (bertunang).

"Namun mereka tidak akan membuat majlis pertunangan secara besar-besaran kerana itu bukanlah merupakan sikap mereka.

"Meskipun telah bercinta selama lima tahun, tetapi kini mereka telah sepakat untuk merancang mempunyai hubungan yang lebih matang dan serius," kata sumber.

Terdahulu , mereka telah mula menjalinkan hubungan sejak tahun 2011 lalu.

Mereka juga telah dianugerahi dengan kehadiran seorang cahaya mata yang diberi nama Angelo James Konecki.

Olahan: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Daily Mail