Pelakon filem Langit Cinta, Keith Foo dan isteri, Kim Raymond menamakan anak perempuan mereka Skylar Raymond Foo.
Nama bayi perempuan itu didedahkan oleh mereka menerusi laman Instagram (IG) dengan mengguna hashtag #skylarraymondfoo, #motherofskylar dan #fatherofskylar.
Selain itu, Keith juga turut berkongsi beberapa foto terbaru Skylar untuk tatapan peminat.
Bagaimanapun pasangan itu masih lagi belum bersedia untuk mendedahkan wajah penuh anak kesayangan mereka itu.
Terdahulu, Kim selamat melahirkan cahaya matanya pada 30 Mei lalu.
Keith dan Kim telah mendirikan rumah tangga pada tahun 21 Disember 2014 dan mengadakan majlis resepsi perkahwinan pada 30 November 2015.
Teks oleh: Mya Amri
Fazura & Fattah Enjoy Melatih Fatima Berlakon Pertama Kali | #SinggahSet
Cik Bam sempat menemubual Fazura tentangn perkembangan drama terbaharu mereka, #HeroSeorangCinderella2 di lokasi penggambaran. Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #HeroSeorangCinderella2, Setiap AHAD, 9 MALAM di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Nur Fazura, Fattah Amin, Nur Fatima Aisya, Isyariana, Erysha Emyra, Evertts Gomes, Faha Azhar & pelakon-pelakon hebat yang lain..
#AstroBaharu #HeroSeorangCinderella2 #HSC2
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita