Berang Dakwaan Beli Tudung Ribuan Ringgit, Ziela Jalil Lepas 'Geram' Di Instagram

5 Jun 2017. 3.08 PM
6,434
Hiburan
Berang Dakwaan Beli Tudung Ribuan Ringgit, Ziela Jalil Lepas 'Geram' Di Instagram
Tidak puas hati dengan laporan sebuah akhbar mengenai dirinya berbelanja mewah untuk membeli tudung, pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil tampil memberi penjelasan di Instagram miliknya.

Menerusi sebuah muat naik di Instagram (IG) miliknya, Ziela, 46, berkata, dia kerap pergi ke butik jenama terkenal itu dua tahun lalu sebagai terapi untuk dirinya kerana sukakan benda yang cantik.

"Pada satu ketika hampir setiap hari ke Bawal Exclusive pasal pergi sana seperti terapi sebab saya suka tengok benda cantik dan pemilik tudung itu sangat baik, bukan setiap hari pergi dan beli.

"Bila tanya pasal berbelanja beribu, saya kata itu hak masing-masing, kalau dah mampu beli sahaja.

"Pemilik Bawal Exclusive selalu  saya dengan tudung-tudung dia yang berharga beribu, bukan saya beli. Saya kata ada semua warna yang plain berharga RM30 atau RM40 sahaja," tulisnya.


Menerusi entri yang sama Ziela turut meluahkan rasa kesalnya terhadap laporan tersebut yang seolah-olah tidak sensitif terhadap masalah dihadapinya dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

"Yang paling tak baik pasal awak kerana awak tahu saya sedang bermasalah dengan LHDN tapi awak buat berita ini atas niat apa pun saya tak tau," luahnya.


Artikel Berkaitan