Siri telenovela Magnificent Century yang ditayangkan di saluran Astro Prima dan Maya HD telah dihentikan siarannya.

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata slot Magnificent Century ini bakal digantikan dengan judul telenovela baru.

”Siaran telenovela Magnificent Century telah dihentikan di semua saluran Astro.

”Judul telenovela tersebut juga bakal digantikan dengan judul baru iaitu Forevermore bermula 5 Jun ini.

”Forevermore boleh di tonton di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam,” jelasnya kepada pihak media.

Berkisahkan tentang percintaan antara dua darjat, telenovela Forevermore yang berasal daripada Filipina ini dibintangi oleh Enrique Gil dan Liza Soberano.

Teks oleh : Izzat Ridzwan