Kisah romantik komedi antara Alexander lakonan Enrique Gil dan Maria Agnes lakonan Liza Soberano dalam Forevermore yang pernah mencetus kegilaan para peminat telenovela Filipina kini boleh ditonton di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

Telenovela yang mengisahkan percintaan antara dua darjat ini bakal mula ditayangkan pada 5 Jun, jam 7.00 malam.

Pertemuan mereka bermula apabila Xender yang merupakan anak kepada pemilik hotel telah melanggar lori strawberry milik bapa Agnes yang merupakan seorang petani di kebun strawberry.

Di permulaan cerita, Xander seorang yang berperwatakan antagonis dan berperangai buruk. Namun, sikapnya mula berubah setelah menjalinkan hubungan dengan Agnes.

Mereka mula jatuh cinta namun hubungan mereka tidak kesampaian apabila Xander sebenarnya menyorokkan sesuatu daripada Agnes.

Antara yang menarik tentang pasangan hero dan heroin ini, mereka pernah digosipkan bercinta dan pernah digandingkan bersama dalam beberapa buah filem.

Bagi peminat telenovela, jangan lepaskan peluang untuk saksikan Forevermore yang akan menggantikan Magnificent Century bermula Isnin ini.

Teks oleh : Izzat Ridzwan