Seorang bapa telah maut selepas motorsikalnya terbabas lalu merempuh tiang telefon di Sungai Petani, Kedah.

Mohd Saad Ismail, 66, dikatakan dalam perjalanan pulang dari bazar Ramadan pada jam 6 petang.

Isterinya berkata, dia terkejut apabila jirannya datang secara tiba-tiba dan memberitahu bahawa suaminya kemalangan

”Saya sedang memasak juadah untuk berbuka puasa dan tiba-tiba didatangi jiran.

”Selepas dimaklumkan, saya dan anak terus ke tempat kemalangan. Namun sebaik tiba, saya lihat suami saya kaku di atas rumput.

”Tak sangka baru empat hari berpuasa arwah pergi buat selama-lamanya namun saya reda dengan ketentuan Allah” kata Salmiah Ahmad kepada Harian Metro.

Difahamkan, sebelum kejadian arwah tidak mahu ke bazar kerana mengadu sakit kepala.

Tetapi dia mengubah fikiran setelah diajak oleh teman karibnya.

Menurut Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, motorsikal yang dipandu arwah telah hilang kawalan lalu merempuh tiang telefon.

Mangsa kemudian tercampak dari motorsikal dan kepalanya terhantuk, menyebabkan kecederaan parah di kepala serta disahkan meninggal di tempat kejadian.

Olahan : Izzat Ridzwan
Sumber : Harian Metro