Pelakon dan pengacara, Fizo Omar mengesahkan isterinya, Mawar Abdul Karim kini hamil dua bulan.

Perkara itu diumumkan oleh Fizo menerusi video istimewa yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizul Wan Omar, 32, berkata tidak berniat untuk menyembunyikan berita gembira itu sebaliknya mahu mendapatkan kepastian melalui doktor pakar terlebih dulu.

“Khabar angin mengenai kehamilan itu memang ada jadi kami ingin membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum mengumumkannya.

“Bukan niat saya nak sorok pada semua tapi lebih baik jika dapat kepastian terlebih dahulu,” katanya.

Menerusi video tersebut, jelas kelihatan wajah Mawar yang gembira sebaik sahaja Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Prof Datuk Dr. Hamid Arshat mengesahkan kehamilannya.

Dalam pada itu, Fizo juga turut menyatakan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana doanya untuk mendapat zuriat dimakbulkan.

“Alhamdulillah..Rezeki Ramadhan. Setelah hampir 4 tahun mendirikan rumah tangga dan sabar menanti rezeki zuriat dari Allah SWT.

“Secara rasminya disahkan oleh Prof Datuk Doctor Hamid Arshad yg kini kandungan Mawar baru sahaja berusia 2bulan (may 2017).

"Semoga berita baik di bulan baik ini diiringi oleh doa kalian semua dan dimakbul oleh NYA..ameen YRA,”
tulisnya.

Terdahulu, berita kehamilan Mawar disahkan terlebih dahulu oleh Prof Datuk Dr. Hamid Arshat menerusi akaun Facebooknya petang semalam.

Teks oleh: Mya Amri

Alhamdulillah..Rezeki Ramadhan.setelah hampir 4 tahun mendirikan rumah tangga dan sabar menanti rezeki zuriat dari Allah SWT. Secara rasminya disahkan oleh Prof Datuk Doctor Hamid Arshad yg kini kandungan Mawar baru sahaja berusia 2bulan (may 2017).Semoga berita baik di bulan baik ini diiringi oleh doa kalian semua dan dimakbul oleh NYA..ameen YRA..

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on