Gara-gara kisah cinta lama, pelakon senior Roy Azman bermasam muka dengan aktres otai, Liza Abdullah di Pasar Ramadan (Param).

Roy dan Liza masing-masing mengusahakan perniagaan minuman tetapi terbit rasa cemburu di hati Roy kerana air limau yang dijual oleh Liza lebih mendapat perhatian.

Memburukkan lagi keadaan, aktor Amar Baharin dan aktres Chacha Maembong turut menjadi punca pergaduhan mereka.

Ha, jangan salah faham kerana semua yang terjadi adalah sedutan babak yang dapat disaksikan menerusi drama mini bersiri yang berjudul Masam Manis Param.

Roy memegang watak sebagai Pak Li manakala Liza pula memegang karakter sebagai Mak Yah.

Pak Li rasa cemburu terhadap kejayaan Air Limau Ais Mak Yah yang mendapat nilai jualan lebih tinggi berbanding air yang dijual oleh Pak Li di param.

Persengketaan yang terbit antara mereka berdua menjadi lebih rumit kerana anak-anak mereka.

Amar memegang watak sebagai Izam, anak kepada Pak Li manakala Chacha pula membawa karakter Nora, anak kepada Mak Yah.

Apakah yang sebenarnya terjadi? Adakah Pak Li akan terus bermusuh dengan Mak Yah sepanjang Ramadan ini?

Jangan lupa saksikan Masam Manis Param yang dibawakan khas kepada anda oleh Coway, The Water Specialist™! Coway adalah jenama penapis air nombor satu di Korea dan Malaysia.

Penapis air Coway melalui satu juta ujian, menjalani servis setiap dua bulan dan dipilih oleh enam juta keluarga seluruh dunia!
Sertai pertandingan mingguan Masam Manis Param! Jawab soalan-soalan mudah dan anda berpeluang untuk memenangi wang tunai (tiga hadiah mingguan bernilai RM100 selama empat minggu serta hadiah utama bernilai RM1,000) serta dapat bertemu dengan pelakon Masam Manis Param.

Layari laman Facebook Coway Malaysia (facebook.com/CowayMalaysia) untuk keterangan lanjut!

Berikut merupakan jadual siaran Masam Manis Param:

Episod 1: Astro Prima - 29 Mei 2017, 8.58 malam (ulangan 31 Mei 2017, 5.58 petang) dan Astro Ria - 30 Mei 2017, 10.58 malam (ulangan 1 Jun 2017, 5.58 petang).

Episod 2: Astro Prima 5 Jun 2017, 8.58 malam (ulangan 7 Jun 2017, 5.58 petang) dan Astro Ria - 6 Jun 2017, 10.58 malam (ulangan 8 Jun 2017, 5.58 petang).

Episod 3: Astro Prima 12 Jun 2017, 8.58 malam (ulangan 14 Jun 2017, 5.58 petang) dan Astro Ria - 13 Jun 2017, 10.58 malam (ulangan 15 Jun 2017, 5.58 petang).

Episod 4: Astro Prima 19 Jun 2017, 8.58 malam (ulangan 21 Jun 2017, 5.58 petang) dan Astro Ria - 20 Jun 2017, 10.58 malam (ulangan 22 Jun 2017, 5.58 petang).