Belum pun sempat berbuka puasa, pasti kecur air liur anda melihat hidangan ala tradisional di Melur & Thyme.

Mana tidaknya, selera kampung seperti Ketam Masak Lemak Cili Padi, Daging Bakar cicak Air Asam, Sambal Udang Masak Petai, Ayam Masak Cili Hijau dan Daging Dendeng antara menu tersedia sempena kedatangan Ramadhan tahun ini.

Tambah pula ulam-ulaman seperti daun selom, pucuk paku, ubi keledek dan pajeri nenas, melengkapi set hidangan nasi dulang Melur & Thyme.

Melur & Thyme menyediakan dua set nasi dulang khas Ramadhan terdiri daripada masakan tempatan yang menepati selera warga kota yang pastinya merindui hidangan kampung.

Dulang Set A terdiri daripada Ketam Masak Lemak Cili Padi, Terung Masak Sambal, Ayam Goreng Berempah, Telur Masin, Pajeri Nenas dan Daging Bakar dengan Air Asam.

Manakala Dulang Set B dilengkapi dengan Sambal Udang Masak Petai, Ayam Masak Cili Hijau, Daging Dendeng, Pucuk Paku dan Ubi Keledek.

Pemanis mulut pula disediakan berbeza-beza mengikut hari sepanjang minggu.

Antaranya Puding Roti Berkeju (Isnin, Khamis & Ahad), Puding Karamel (Selasa & Jumaat), Puding Karamel Mocha (Rabu & Sabtu).

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan Nasi Dulang istimewa Melur & Thyme dengan harga berpatutan serendah RM70 (2 orang) dan RM130 (4 orang).

Cawangan Melur & Thyme berada di Nu Sentral (L5.06 & L5.06), Gleneagles, KLCC (G03H-I) dan Pavillion (Lot 8.102).





Teks oleh: Amri Hassan