Penyanyi, Haqiem Rusli akui pernah melalui fasa sukar kerana tidak mempunyai pendapatan dan bersyukur dengan kehidupannya sekarang.

Perkara itu didedahkan oleh bakat baru yang semakin popular ini menerusi satu entri baru di akaun Instagram (IG) semalam.

Entri tersebut turut disertakan dengan video berdurasi 45 saat yang memaparkan dirinya menyanyikan lagu Segalanya versi akustik dengan kapsyen:

“Zaman first time dapat lagu Segalanya ni + takde duit + selekeh + ditinggalkan(kawan/ehem + masuk belajar tak dapat + kerja baskin robin (dua minggu je kerja sebab kena maki salah buat aiskrim) dan sampailah FMC call aku untuk projek musik.

“Macam-macam aku tempuhi dulu. Aku bersyukur dengan hidupku sekarang. Terima kasih ALLAH SWT,” tulisnya.

Luahan Haqiem itu turut mendapat perhatian pelawak terkenal Achey yang memberikan komen membina kepada penyanyi itu.

“Sebab itu kejayaan kamu besar selepas tempuh kepayahan yang besar, namun akan ada lagi yng besar selepas kejayaan itu dik. Ape pun tahniah, ianya satu kebanggaan,” tulisnya.

Selain Achey, peminat Haqiem juga memberikan semangat dan kata-kata positif selain berharap penyanyi itu mengekalkan sikapnya yang merendah diri.

Zaman first time dapat lagu Segalanya ni + takde duit + selekeh + ditinggalkan(kawan/ehem2?? + masuk belajar tak dapat + kerja baskin robin (2 minggu je kerja sbb kena maki salah buat aiskrim?) dan Sampailah FMC call aku untuk projek music. Macam2 aku tempuhi dulu. Aku bersyukur dgn hidupku sekarang.Terima kasih ALLAH SWT

A post shared by #SEGALANYA #TERGANTUNGSEPI (@haqiemrusli98_) on


Teks oleh: Mya Amri