Pada Jumaat lalu, naib juara Rockanova, Azmi, telah mengadakan majlis kesyukuran sempena kemenangannya dalam program realiti tersebut.

Majlis tersebut berlangsung selepas solat Jumaat di kediamannya, bertempat di Jalan Masjid Kampung Damak, Jerantut, Pahang.

Pada majlis tersebut, Azmi telah menyediakan empat kuali besar gulai kawah daging lembu kepada kira-kira 800 tetamu yang hadir.

Menurut Azmi, majlis itu merupakan tanda penghargaan kepada orang kampung yang sentiasa menyokong penglibatannya dalam Rockanova.

“Ini merupakan majlis kesyukuran kemenangan Rockanova dan rezeki ini saya kongsikan bersama-sama peminat dan orang kampung.

“Saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana rezeki yang diberikan, selain itu majlis ini juga adalah sebagai tanda menyambut kedatangan bulan puasa,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Berikut Astro Gempak kongsikan foto-foto kemeriahan majlis kesyukuran Azmi Rockanova di bawah:











Teks oleh: Mya Amri