Sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia, penyanyi Shiha Zikir mahu memberikan fokus kepada bidang perniagaan.

Selain memberikan fokus terhadap ibadah, Shiha mahu mempromosikan perniagaan kanta lekap jenamanya sendiri, Shiha Lens.

"Alhamdulillah, Ramadan bakal tiba dan saya tidak sabar menantikan kedatangan bulan yang penuh rahmat.

"Selain merebut peluang untuk sama-sama meraikan Ramadan dengan penuh kesyukuran, saya juga mahu memberikan fokus terhadap Shiha Lens.

"Setakat ini, perniagaan kanta lekap memang mendapat sambutan dan saya mahu memacu aktiviti promosi Shiha Lens secara lebih intensif," kata Shiha kepada Astro Gempak.

Turut dikenali dengan pernigaan kuih makmur buatan ibunya, Shiha tidak mengambil tempahan kuih untuk tahun ini.

"Selalunya saya dan ibu akan sibuk dengan perniagaan kuih makmur sempena ketibaan Ramadan.

"Saya membantu ibu membuat kuih dan hanya kami berdua sahaja yang terlibat dalam proses pembuatan, pembungkusan dan penghantaran. Semuanya kami buat sendiri.

"Tahun ini, saya dan ibu memutuskan untuk berehat sebentar dan tidak mengambil tempahan. Saya mahu ibu saya berehat," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Quill City Mall Raya Kasih dan Cinta baru-baru ini.

Quill City Mall KL mengangkat tema yang diadaptasi daripada novel dan drama bersiri lakonan Fattah Amin dan Nur Fazura, Hero Seorang Cinderella bersempena kedatangan Ramadan dan Syawal tahun ini.

Kempen yang diberi nama 'Raya Kasih dan Cinta' ini bermula 25 Mei sehingga 2 Julai 2017.

Jangan lupa saksikan Hero Seorang Cinderella yang bakal bersiaran bermula 22 Mei, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Gunakan hashtag #HeroSeorangCinderella untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.

Dapatkan bantal edisi terhad Hero Seorang Cinderella dengan berbelanja sebanyak RM199 (maksimum penggabungan dua resit dalam satu hari) di pusat membeli belah Quill City Mall KL! Quill City Mall KL, Destinasi Gaya Hidup Terkini di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur! #QuillCityMallKL #KasihdanCinta.

Teks oleh: Kamaruddin Razal