Beli Rumah RM855 Juta, The Weeknd Rancang Tinggal Serumah Dengan Selena Gomez

Penyanyi The Weeknd dilaporkan telah membeli sebuah rumah mewah terletak di California yang berharga RM855 Juta.

Menurut laporan E! Online, penyanyi itu membeli rumah tersebut untuk tinggal bersama kekasihnya, Selena Gomez.

"The Weeknd tidak teragak-agak mengambil keputusan untuk membeli rumah tersebut kerana dia menggangap itu adalah pelaburan yang baik demi masa depannya.

"Dia juga ingin memastikan keselesaanya selepas ini dan akan mengajak kekasihnya untuk tinggal bersama dalam rumah barunya itu.

"The Weeknd juga dikatakan berpuas hati dengan keadaan rumah tersebut dan tidak sabar untuk menetap disana nanti,"kata sumber.

Rumah itu dilengkapi oleh 9 buah bilik, 11 bilik air termasuk kelengkapan lain seperti kolam renang dan gelanggang tenis.

The Weeknd yang kini popular dengan lagu Starboy, menjalinkan hubungan cinta bersama Selena pada awal tahun ini selepas beberapa keping gambar aksi mereka bercium mesra berjaya dirakamkan oleh paparazzi.


Sumber: E! Online

Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi