Shahida Supian, 20, ibarat Najwa Latif. Berkebolehan menyanyi sambil bermain gitar.

Namun, bakatnya baru-baru ini mendapat perhatian peminat seluruh dunia apabila penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) itu memuat naik video menyanyikan semula lagu Despacito.

Uniknya, lagu nyanyian asal Daddy Yankee & Luis Fonsi ft Justin Bieber itu mengandungi bahagian rap bahasa Sepanyol dan Shahida berjaya menyanyikannya dengan baik.

Netizen juga memuji kepetahan cara sebutan bahasa Sepanyol Shahida walau hakikatnya dia tidak pernah mempelajari bahasa tersebut.

"Saya minta maaf kalau bahasa Sepanyol saya tidak sempurna sebab saya tidak bercakap atau belajar bahasa itu," jelasnya.

Video nyanyian Shahida di Youtube kini telah mencecah 274,000 tontonan dan 1,600 komen yang rata-rata memuji kehebatannya.

"OMG I am a Latin and your spanish is not bad, it can understands so clear," tulis Deiris Guedez.

"Your voice is wonderfull and your spanish is perfect, almost like latin girl. Congratulations!!" tulis Juan Montiel.

"Que linda!! cute!!!! I loved! congratulations. I am from Brazil, loved your songs!" tulis Fernanda Goularte.

"Your voice, your guitar playing and even your pronunciation in Spain all are incredibly amazing," tulis Naira Alhossary.

Shahida antara lainnya pernah menyanyikan semula lagu hits semasa seperti Warkah Untukku, Sabar, Rebahku Tanpamu dan Tergantung Sepi.

Jom layan video nyanyian gempak Shahida.




Teks oleh: Amri Hassan