Sepanjang acara Festival Filem Cannes ke-70 yang berlangsung di Paris, Perancis hujung minggu lalu, kemunculan pelakon Bollywood Aishwarya Rai mendapat perhatian luar biasa.

Mana tidaknya, gaun-gaun couture yang disarung oleh bekas ratu cantik dunia itu memukau pandangan tetamu yang hadir.

Aishwarya muncul di karpet merah sempena tayangan filem Okja dengan menyarung gaun kembang berwarna biru lembut sentuhan pereka fesyen Dubai, Michael Cinco.

Gaun yang dilapisi oleh fabrik jenis tulle itu merupakan sebahagian daripada koleksi terbaharu Impalpable Dream of Versailles.

Kemudiannya, Aishwarya menyarung pula gaun merah hati rekaan Ralph & Russo untuk acara karpet merah tayangan perdana filem 120 Beats Per Minute.

Sepanjang berada di Cannes, isteri kepada bintang Bollywood Abishek Bachchan itu juga sempat melakukan beberapa sesi fotografi dan sempat menyarung gaun rekaan Georgeshobeika dan Ashi Studio.

Kali terakhir Aishwarya muncul di acara sama adalah pada tahun 2002 sempena tayangan filem Devdas.

Jom layan gambar-gambar menarik Aisywarya di Festival Filem Cannes.







The gorgeous #aishwaryarai in Ralph & Russo #ralphandrusso #randrstars #cannesfilmfestival

A post shared by Ralph & Russo (@ralphandrusso) on








Teks oleh: Amri Hassan