Pelakon dan penyanyi Lufya Omar dipuji peminat selepas kad undangan perkahwinannya didedahkan.

Bakal melangsungkan perkahwinan bersama tunangnya, Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November ini, Lufya telah memuatnaik foto kad tersebut di akaun Instagramnya pada Sabtu lalu.

Foto tersebut menampilkan Lufya mengenakan busana berwarna putih sambil tersenyum manis bersama tunangnya disisi.

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam itu jelas menunjukkan rasa gembira apabila kad yang ditempah itu menepati citarasanya.

“Yeahhhh dah siapp!!! Cantik kan!? Happy sangat dengan kualiti nya . Nak joget-joget jap ??? Thank u so much @kadkahwinsweetsweet ?mucho muchooo,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminatnya telah memberikan komen positif terhadap rekaan kad tersebut yang dianggap ‘simple’ tetapi cantik.

Tidak kurang juga ada yang memuji Lufya kerana begitu bersederhana dalam buat pemilihan rekaan kad undangan perkahwinan mereka selain mendoakan majlis perkahwinan pasangan itu berjalan dengan lancar.

BACA: SIKAP GENTLEMAN HAFIZ, CAIRKAN HATI WANITA SAYA - LUFYA

Teks oleh: Mya Amri

Yeahhhh dah siapp!!! Cantik kan!? Happy sangat dengan kualiti nya .. Nak joget-joget jap ??? Thank u so much @kadkahwinsweetsweet ?mucho muchooo ❤️ Kalau nak buat kad kawin singgah-singgah IG @kadkahwinsweetsweet jangan pi tempat lain sbb @kadkahwinsweetsweet ni menawarkan harga yang best, kualiti pun best dan yang penting service tiptop? www.sweetkad.com Photography by : @artoukgraphy

A photo posted by Lufya Luvya (@lufyaluvya) on