Pelakon Hafidz Roshdi, 23, akui tidak mahu mengetahui jantina anak dalam kandungan isterinya, Nurul Shuhada sebelum bayi mereka dilahirkan.

Hafidz berkata, dia mahu jantina bayi mereka menjadi kejutan buatnya dan isteri.

"Alhamdulillah sekarang ini isteri saya sudah hamil 5 bulan. Dia dan bayi setakat ini berada dalam keadaan sihat.

"Cuma kita masih tidak mahu membuat pemeriksaan jantina bayi kami kerana mahu ia menjadi suprise buat kami.

"Namun kalau ditanya saya mahu anak lelaki atau perempuan saya terus-terang mahu lelaki.

"Tetapi lelaki atau perempuan tidak penting kerana yang lebih penting dia dilahirkan dengan selamat dan sihat," katanya kepada Astro Gempak.

Hafidz ditemui ketika majlis Preview Iftar di Intekma Resort, malam Khamis.

Tambah Hafidz, dia banyak meminta nasihat dan tip daripada bapanya sebagai persediaan bergelar bapa.

"Pada tahap sekarang saya tak banyak membaca atau mencari maklumat dalam internet tetapi lebih suka meminta nasihat dan tip daripada bapa saya.

"Dia yang banyak beri maklumat tentang bagaimana ingin menjaga isteri hamil sebagai persediaan bergelar bapa tidak lama lagi," ujarnya.

Mengenai perkembangan lain dia bakal muncul dalam drama bersiri Raisya bergandingan dengan Diana Danielle di TV3 Ramadan ini.

Teks oleh: Syafiqah Jalal