Yuna mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi pertama Malaysia yang berjaya melayakkan diri dalam anugerah BET di Amerika Syarikat.

Yuna atau nama penuhnya Yunalis Mat Zara'ai, 31, telah tercalon menerusi lagu Crush, yang dinyanyikan bersama penyanyi Hollywood, Usher.

Lagu tersebut telah disenarai pendek dalam kategori Centric Award di mana artis yang tercalon adalah dari genre neo soul atau R&B.

Yuna turut bersaing dengan lima lagi penyanyi lain iaitu Fantasia, Kehlani, Mary J. Blige, Solange, dan SYD.

Anugerah BET ini akan berlangsung pada 25 Jun 2017 (Ahad) di Microsoft Theater, Los Angeles.

Antara bintang-bintang Hollywood lain yang turut tercalon di dalam anugerah ini adalah Beyonce, Rihanna, Bruno Mars, dan ramai lagi.

Anugerah tahunan ini dianjurkan oleh saluran Black Entertainment Television untuk pemuzik Afrika-Amerika serta golongan minoriti yang lain.

Pencalonan Yuna di dalam anugerah ini telah dikongsi oleh syarikat pengurusan Yuna, iaitu Yuna Room Records menerusi Instagram mereka.

Teks oleh : Izzat Ridzwan