Profesion perguruan mempunyai daya penarik tersendiri. Tidak sekadar memiliki ilmu pengetahuan yang luas, guru juga perlu sentiasa berketerampilan dan menjaga pesona mereka.

Dianugerahkan rupa paras kacak dan cantik merupakan bonus bagi seseorang guru, bukan hanya menjadi daya penarik bahkan aura dimiliki mampu membuka ruang lebih luas untuk meneroka bidang baharu selain pendidik.

Sempena Sambutan Hari Guru hari ini, Astro Gempak senaraikan lima guru paling hot dan popular di Malaysia.

1) VN Kery

Wan Mohd. Khairi Wan Hassan, 30, atau merupakan tenaga pengajar dalam kalangan murid-murid Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Satak, Raub, Pahang sejak tujuh tahun lalu.

Bekas graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur itu memiliki pengikut Instagram seramai 76,000.

Pernah menerima Anugerah Ikon Guru Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Raub 2016.

"Apa yang boleh saya lihat, guru yang kemas dan berketerampilan mudah didekati murid-murid dan ibu bapa malah setiap pengajaran yang disampaikan mudah meanrik minat mereka dalam kelas," katanya.

VN Kery pernah menjadi penoreh getah di kampung asalnya di Felda Chalok Barat, Setiu, Terengganu.




2) Mr Az

Mohamad Aziram Zakaria, 25, antara yang berjaya memanipulasi aura hingga memiliki pengikut Instagram seramai 105,000.

Guru dari Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, Kepong itu sering dikatakan memiliki rupa paras persis Izzue Islam.

"Sebagai guru, kita mesti menjadi role model dan menunjukkan contoh baik kepada pelajar," katanya yang berasal dari Kelantan.



3) Cikgu Aishah

Puteri Aishah Sulaiman, 23, pernah viral di laman sosial kerana dikatakan menerima sepucuk surat cinta daripada seorang bapa pelajar.

Cikgu Aishah pernah bertugas sebagai guru bahasa Inggeris sementara di sebuah sekolah di Kuala Lumpur sekitar dua tahun lalu.

Malah, kecantikan yang dimiliki gadis yang berasal dari Kuala Lumpur itu melayakkannya menjadi finalis Dewi Remaja 2014/2015.

Aishah mempunyai Diploma Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan pernah membintangi drama Akulah Balqis, Cik Cinderella dan Cik Tengku, Yang Terakhir Untukku dan Cinta Rollercoaster.




4) Cikgu Dayang

Pernah viral apabila foto-fotonya tersebar di Internet, Dayang Nurhayati, 23, merupakan lulusan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Dayang mengumpul pengaruh menerusi Instagram dan berjaya mempunyai lebih 44,000 orang pengikut.

Kelebihan yang dimiliki membuka peluang lebih luas untuk memasarkan produk kecantikan sendiri iaitu DAYG.




5) Kamal Effendi

Kisah menyentuh hati seorang guru bahasa Inggeris, Ahmad Kamal Effendi Kamarudin, 27, yang 'meminjamkan' cintanya kepada seorang gadis penghidap kanser buah pinggang tahap empat, Nik Idzni Dalila Nik Mahmud, 26, tular sekitar hujung tahun lalu.

Lebih menyedihkan, isterinya meninggal dunia pada tanggal tarikh ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

"Siapa pernah terfikir untuk hari sama selepas menempuh 365 hari bersama, tangan yang kali pertama saya sentuh menjadi tangan terakhir saya pegang," kata Kamal.




Astro Gempak mengucapkan salam takziah.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Utusan Malaysia, Harian Metro, Berita Harian