Finalis Rockanova, Azmi akui tidak terlintas difikirannya untuk melangkah ke pusingan akhir program berkenaan.
Menurut Azmi atau nama sebenarnya Azmi Khan Setapar, 28, dia tidak menyimpan hasrat untuk ke peringkat akhir selepas melihat persembahan peserta yang semuanya hebat-hebat belaka.
“Saya sangat bersyukur dapat ke final, rasa macam dah lepas satu beban. Saya tak sangka pun sampai ke tahap ini.
“Paling kuat pun saya ingat saya dapat bertahan di minggu kelima iaitu waktu serap masuk, itu pun kalau terpilih.
“Secara jujurnya saya tak letak harapan tinggi pun waktu itu, cuma saya fikir nak buat yang terbaik. Dapat masuk televisyen sekali seumur hidup pun jadilah untuk kenangan.
“Alhamdulillah, Allah permudahkan lagi impian saya sampailah ke tahap ini. Perjuangan belum selesai dan untuk final nanti semuanya bergantung pada rezeki,” katanya kepada Astro Gempak.
Mengulas mengenai Rockanova, Azmi menjelaskan menjadi satu-satunya peserta lelaki bukanlah memberi kelebihan kepada dirinya.
“Saya rasa sedikit terkilan sebab tak ada kawan-kawan lelaki bersama saya, tapi nak buat macam mana inilah adat bertanding.
“Jangan pandang rendah kebolehan dan kemantapan vokal peserta perempuan kerana persembahan mereka setiap minggu memang mantap.
“Kalau ditanya mengenai perasaan memang gementar juga sebab ini pertama kali saya masuk pertandingan besar seperti ini.
“Tapi tak apalah, saya serahkan segalanya pada rezeki dan yang penting berikan yang terbaik Rabu ini,” jelasnya.
Azmi bakal menyampaikan lagu Jangan Kau Rayu nyanyian asal Rahim Maarof.
Manakala untuk pusingan duet pula Azmi akan menyanyikan lagu Mendung Tak Beerti Hujan bersama Zarith.
Rockanova diterajui oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad selaku pengacara dan menampilkan dua juri tetap, Datuk Awie dan Edry Abd Halim.
Manakala pelakon dan penyanyi Ziana Zain hadir sebagai juri jemputan.
Rockanova bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB setiap Rabu.
Program tersebut boleh ditonton setiap Rabu, jam 9.30 malam menerusi Saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
Manakala diari harian Rockanova, Rock On boleh disaksikan Isnin dan Selasa, jam 9.00 malam di Astro Prima (saluran 105).
Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda klik link ini ----> (ROCKANOVA).
Mya Amri
Mon May 15 2017
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.