Pengarah Ahmad Idham Amad Nadzri ingin menjadikan sekolah khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) miliknya, Eden Firdaus sebagai salah satu hab pendidikan khas di negara ini.
Ahmad Idham berkata, sudah tiba masanya pendidikan khas diberi perhatian di negara ini kerana ramai ibu bapa yang tidak mendapat pendedahan sebenar dalam menjaga anak-anak istimewa.
“Ramai yang berasa malu untuk mendapatkan bantuan sewajarnya bagi membantu perkembangan anak-anak mereka dan saya ingin mengubah persepsi ini.
“Sudah tiba masanya pendidikan khas di Malaysia, diperbanyakkan untuk melahirkan golongan OKU ke arah lebih berkualiti.
“Tidak guna kita kata negara maju jika pendidikan khas diberikan secara minimum. Menjadi tanggungjawab saya dan masyarakat memastikan negara ini mempunyai ko-kurikulum khas,” katanya ketika ditemui di Karnival Mini Kesedaran Autism di Encorp Strand Mall, baru-baru ini.
Tambah Ahmad Idham lagi, pihaknya kini sedang berusaha memberi kesedaran menyeluruh kepada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa untuk tampil ke hadapan melihat mereka sebagai luar biasa.
“Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak-anak istimewa mereka luar biasa? Eden Firdaus bercadang untuk mengadakan roadshow, kolaborasi dengan universiti tempatan.
“Jadi, kepada ibu bapa yang memiliki anak-anak istimewa, tampillah ke hadapan bersama Eden Firdaus untuk melahirkan kehidupan berkualiti anak-anak mereka,” ujarnya.
Eden Firdaus Special Need Centre dinamakan bersempena anak sulungnya Ahmad Firdaus Ahmad Nadzri, 16, yang mengalami kesukaran berjalan dan bertutur akibat diserang sawan ketika berusia dua tahun.
Eden Firdaus Special Need Centre terletak di Lot U-72-G & U-72-1, Jalan PJU 5/22, Red Carpet Avenue, Encorp Strand Mall, Kota Damansara.
Terdahulu, Eden Firdaus menerima RM100,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk dijadikan biasiswa bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah yang mempunyai anak istimewa mendapat pendidikan khas.
Fiza Kamarudin
Fri May 12 2017
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Orang Kaya Dubai Memang Next Level, Angkat Kenderaan Pakai Bot, Main Jet Ski Pasca Banjir
Dunia barangkali melihat banjir yang melumpuhkan bandaraya Dubai sebagai sebuah bencana.
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.