Pelakon terkenal Korea, Lee Min Ho, secara rasmi telah menjalani latihan ketenteraan bermula pada hari ini.

Menurut laporan Koreaboo, Lee Min Ho telah menjalani latihan khidmat negara sebagai pekerja sosial di daerah Gangnam selama dua tahun.

"Lee Min Ho telah datang mendaftarkan diri di pusat pendaftaran dengan mengenakan pakaian kasual yang kemas serta topeng yang menutupi sebahagian wajahnya.

"Kedatanganya disambut meriah oleh ratusan peminat di depan pejabat yang terletak di Gangnam.

"Dia juga dilihat sempat bersalaman dengan peminat serta pihak media yang hadir membuat liputan," kata sumber.

Terdahulu, spekulasi Lee Min Ho bakal memasuki latihan ketenteraan pada Mac atau April tahun ini dinafikan syarikat pengurusannya.

Olahan: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Koreaboo