Aktres Indonesia Nia Ramadhani Bakrie 27, telah selamat menimang cahaya mata ketiga pada 10 Mei lalu (semalam) pada pukul 08.23 pagi waktu Indonesia.

Pelakon yang terkenal menerusi sinetron Bawang Merah Bawang Putih telah kongsi berita gembira itu di media sosial akaun Instagram (IG)nya.

"Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan anak yang ketiga, Magika Zalardi Bakrie. Terima kasih kepada semua yang membantu dan mendoakan. Saya sayang semua," kata Nia.

Menerusi muatnaik tersebut Nia juga dilihat berkongsi sekeping gambar ketika berada di dalam bilik bersalin.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Nia diatas kelahiran anak ketiganya ini dan mereka berharap agar dia serta bayi yang dilahirkan itu berada dalam keadaan sihat.

Nia Ramadhani dan suaminya Adriansyah Bakrie telah bernikah pada tahun 2010.

Mereka telah dikurniakan dua orang anak perempuan yang bernama Mikhayla Zalinda Bakrie dan Mainaka Zainati Bakrie.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Kapan Lagi