Penyampai radio Johara yang terdiri daripada Johan, Hanif dan Ray mengajak pendengar radio Era FM untuk berkomunikasi dengan lebih rapat menerusi aplikasi Whatsapp.

Kini, pendengar tidak perlu bersusah payah untuk berkomunikasi dengan penyampai yang bertugas mahupun berbual mengenai topik yang sedang dibincangkan melalui talian tetap mahupun dilaman sosial.

Malah, mereka kini boleh berhubung secara terus melalui aplikasi Whatsapp menerusi nombor 016- 5127777.

Paling menarik, pendengar boleh menggunakan aplikasi kumpulan Whatsapp stesen kegemaran mereka untuk melibatkan diri dalam apa jua perkara yang dilaksanakan oleh sesebuah stesen secara terus menerus.

Sebagai contoh adalah, perbualan harian mengenai topik-topik yang dibincangkan oleh penyampai bertugas, berborak mengenai kehidupan serta minat mereka, mengambil tempat dalam peraduan-peraduan yang di anjurkan, berbual bersama selebriti undangan mereka secara langsung, membuat permintaan lagu dan macam-macam lagi.

Melalui medium komunikasi terkini yang diperkenalkan oleh Astro Radio dengan kerjasama Digi, kesemua stesen di bahwah naungan Astro Radio di seluruh Malaysia turut terlibat.

Selain berpeluang berhubung terus dengan penyampai radio Era, pendengar juga boleh berbual menerusi Whatsaap dengan setesen radio lain seperti Sinar FM, THR Gegar, hitz fm, MIX fm, Lite FM, THR Raaga, MY FM dan Melody FM termasuk enam stesen di Sabah dan Sarawak.