Penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar kini jatuh cinta dengan pendatang baru dalam dunia hiburan, Nabila Razali.

Walaupun hati Nabila sudah dimiliki orang, pandang pertama yang mencetuskan cinta itu membuatkan Alif berusaha untuk memiliki hati Nabila.

Semuanya akan dapat disaksikan dalam drama bersiri yang sedang bersiaran di Astro Ria dan Astro Ria HD, Hikayat Cinta Si Pematah Hati yang ditaja oleh Enchanteur.

Memegang watak sebagai Wafeen Wardah, Nabila menyerlahkan kecantikan, keanggunan dan keayuan tersendiri sebagai seorang wanita penuh keyakinan sehingga watak Rayyan Raiqarl yang dijayakan oleh Alif terpikat hatinya.

Menerusi watak tersebut, Nabila mencorakkan watak Wafeen dengan mencipta detik istimewa penuh keindahan setiap hari bersama lelaki idamannya.

Perjalanan cinta yang berputik antara Wafeen dan Rayyan penuh detik romantis, dengan bantuan wangian yang cukup semerbak.

Jangan lupa untuk menonton drama bersiri Hikayat Cinta Si Pematah Hati yang mula bersiaran pada 24 April jam 10.00 malam, setiap Isnin hingga Khamis hanya di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).