Seorang lelaki yang berasal dari Thailand telah membunuh anak perempuannya dan insiden itu disiarkan secara langsung menerusi Facebook (FB) Live pada Isnin lalu.

Menurut BBC, bapa berusia 21 tahun itu membunuh bayinya yang berusia 11 bulan dan sebelum membunuh dirinya sendiri.

Difahamkan dia bertindak demikian setelah berlaku pertengkaran dan perselisihan faham dengan isterinya.

Video berkenaan masih boleh ditonton Selasa lalu sebelum dipadamkan oleh Facebook.

Minggu lalu, seorang lelaki bernama Steve Stephens, membunuh diri selepas diburu polis kerana menembak mati seorang lelaki sambil melakukan FB Live.

Ekoran insiden itu, pihak Facebook akan bertindak dengan memadam video-video seperti pembunuhan dan tembakan dengan kadar segera.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg memberitahu pihaknya akan berusaha lebih keras bagi mengelakkan perkara buruk seperti itu dikongsi kepada umum menerusi platform media sosial.

Sumber : BBC.com
Olahan : Izzat Ridzwan