Selepas diijabkabulkan pada 31 Mac lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila telah memilih Itali untuk lokasi bulan madu mereka.

Difahamkan pasangan ini telah berangkat ke Itali sejak seminggu yang lalu dan bercuti di sana.

Menerusi laman Instagram (IG) Sharnaaz dan Noor Nabila masing-masing berkongsi foto romantis mereka berdua sepanjang berada di negara tersebut.

Aksi romantik mereka telah mendapat perhatian dan pujian daripada pengikut IG serta peminat Sharnaaz yang rata-rata akui mereka adalah pasangan yang sweet.

Sementara itu, kakak kepada pengacara Nelofa, Noor Nabila juga turut berkongsi foto banggunan bersejarah di Itali yang dikunjungi mereka.

Di sini, Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik pasangan sweet ini: