Konsert ketiga Gema Gegar Vaganza (GGV) telah berlangsung dengan meriah di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras malam tadi.
Bertemakan Nakustik (Nasyid Akustik), sembilan bintang GGV menyampaikan lagu tugasan masing-masing dengan penuh semangat.
Izam EYE yang menyampaikan lagu Pada-Mu Ku Bersujud menjadi bintang kedua yang tersingkir manakala Hijjaz yang menyampaikan lagu Selimut Putih mengungguli tempat teratas minggu ketiga.
Hijjaz juga turut dipilih sebagai pemenang Anugerah Gema Terindah kategori irama terkesan atas persembahan mereka yang memukau.
Pemenang menerima wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Kopi Pak Belalang. Setiap minggu, hadiah akan disalurkan kepada badan amal atau individu yang memerlukan.
Semua peserta GGV memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan juri jemputan Datuk Yusof Haslam sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
Hijjaz - Selimut Putih
"Penggunaan pentas sangat berisi, cantik dan bermakna. Lagu ini membawa erti yang sangat mendalam untuk semua umat Islam. Syabas Hijjaz!" - Datuk Yusof Haslam.
UNIC - Iman Mutiara
"Saya melihat kamu tiga serangkai dari awal. Cara persembahan santai, very simple tapi vokal kami jelas," - Datuk Yusof Haslam.
Saujana - Hikmah
"Terima kasih kerana membuatkan satu dewan ini berzikir bersama-sama. Saya terpesona dengan persembahan anda," - Oki Setiana Dewi.
Hafiz Hamidun - Aduh Saliha
"Stage performance anda sangat bagus. Saya rasakan apa yang anda sampaikan. Persembahan yang luar biasa," - Oki Setiana Dewi.
Azmi Saat - Hamba-Mu
"Selama tiga minggu, persembahan anda tidak pernah menurun. Azmi telah membawa kami terbang menerusi lagu ini," - Farihin Abdul Fattah.
Mirwana - Doa
"Lagu ini mengimbau tahun kenangan saya sewaktu tahun 90-an. Anda memberikan persembahan yang terbaik dan penuh penghayatan," - Datuk Yusof Haslam.
Ana Raffali - Perjalanan Hidup
"Saya happy dengan persembahan Ana. Ana menyanyikan lagu ini jauh lebih baik dari persembahan minggu lepas," - Oki Setiana Dewi.
Wani - Intifada
"Wani telah membawakan lagu ini ke satu daerah yang baru. Saya tak menduga bagaimana anda nyanyi lagu ini, susah sebenarnya, tapi Wani membawanya dengan mantap," - Farihin Abdul Fattah.
Izam EYE - Pada-Mu Ku Bersujud
"Feel anda mantap. Tone anda husky, lebih syahdu didengar. Tapi Izam tak keluarkan semua," - Farihin Abdul Fattah.
GGV bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).
Konsert minggu keempat GGV bakal membawa tema Gema Mestika dan lapan bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GGV, mahu melihat kembali video-video persembahan GGV atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV, klik ---> GEMA GEGARVAGANZA.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Fiza Kamarudin
Sun Apr 23 2017
Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!