Pelakon Ummi Nazeera mengesahkan tarikh pernikahannya dengan Dr. Izzar Anwari pada 3 Ogos 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman Instagram (IG) peribadinya tengah hari tadi.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk makluman semua sahabat handai dan rakan taulan yang Ummi kasihi.

"InsyaAllah dengan izin Allah swt, majlis Ijab & Qabul Ummi dan Dr Izzar akan diadakan pada 3hb Ogos 2017 bersamaan 10hb Zulkaedah 1438 Hijriah.

"Majlis ini akan diadakan secara tertutup dan hanya akan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.

"Majlis Resepsi sebelah Ummi akan diadakan sebanyak dua kali iaitu pada 5hb Ogos 2017 bersamaan 12hb Zulkaedah 1438 Hijriah dan pada 12hb Ogos 2017 bersamaan 19hb Zulkaedah 1438 Hijriah.

"Kad jemputan akan akan mula diedarkan pada bulan Jun kelak.

"Ummi berdoa agar semua urusan yang dirancang berlangsung dengan lancar dan dimudahkan Illahi. Amin Ya Rabbal Alamin," tulisnya.

Pasangan itu bertunang pada 11 Disember tahun lalu dan mula berkenalan sejak Januari 2016.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk makluman semua sahabat handai dan rakan taulan yang Ummi kasihi. InsyaAllah dengan izin Allah swt, majlis Ijab & Qabul Ummi dan Dr Izzar akan diadakan pada 3hb Ogos 2017 bersamaan 10hb Zulkaedah 1438 Hijriah. Majlis ini akan diadakan secara tertutup dan hanya akan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja. Majlis Resepsi sebelah Ummi akan diadakan sebanyak dua kali iaitu pada 5hb Ogos 2017 bersamaan 12hb Zulkaedah 1438 Hijriah dan pada 12hb Ogos 2017 bersamaan 19hb Zulkaedah 1438 Hijriah. Kad jemputan akan akan mula diedarkan pada bulan Jun kelak. Ummi berdoa agar semua urusan yang dirancang berlangsung dengan lancar dan dimudahkan Illahi. Amin Ya Rabbal Alamin.

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on


Ummi, 27, turut membuat pengumuman tarikh perkahwinannya di Facebook Live sebentar tadi.



Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: Ummi Nazeera