Pelawak, Dzawin akui tidak menyesal meningalkan kerjayanya sebagai pelawak solo di Indonesia semata-mata untuk menyertai program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017.

Menurut Dzawin atau nama sebenarnya Dzawin Nur Ikram, 26, dia mahu mengumpul pengalaman dan menimba ilmu baru bersama pelawak-pelawak di Malaysia.

“Tinggalkan kerjaya di Indonesia itu merupakan keputusan saya sendiri kerana mahu sertai MLM2017. Peluang ini hanya datang sekali, saya mahu cuba perkara dan juga situasi baru.

“Saya tidak mengejar apa-apa pun, kalau menang itu adalah satu bonus. Andai kata tersingkir, saya tidak rasa menyesal atau pun rugi sama sekali.

“Kerana saya tahu itu adalah harga yang patut saya bayar untuk dapatkan pengalaman dan sepanjang berada dalam MLM2017 banyak sekali ilmu yang saya pelajari bersama dengan peserta lain,” katanya kepada Astro Gempak.


Dzawin bersama enam peserta lagi yang akan meneruskan perjalanan mereka di minggu kesepuluh MLM 2017, bertemakan 'Kisah Seram Berloghat & Viral'.

MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Datuk Aznil dan Neelofa yang akan mengadili para peserta.

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda sebagai Gempak Man Of The Match (GMOTM), klik di sini ----> MAHARAJA LAWAK MEGA 2017

Teks Oleh: Mya Amri