Adik lelaki kepada anggota Running Man, Song Ji Hyo, Chun Sung Moon mengambil keputusan mengikuti jejak langkah kakaknya untuk bergelar pelakon.

Difahamkan Chun Sung Moon kini berada dalam tempoh percubaan sebagai pelakon pelatih dan bernaung di bawah syarikat yang sama dengan Ji Hyo iaitu MY Company.

Disebabkan perkara itu juga peminat mula meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat adik-beradik ini berlakon bersama selain memohon supaya pihak produksi Running Man membawa Chun Sung Moon sebagai tetamu jemputan.

Setakat ini, Song Ji Hyo atau nama sebenarnya Chun Sung Im pernah membuat beberapa penampilan bersama adiknya menerusi program Running Man dan juga We Got Married.

Selain itu, Chung Sung Im juga sering menemani kakaknya ketika siri Jelajah Running Man.

Olahan: Mya Amri

Sumber: Koreaboo