Ibarat babak filem Tamil, aksi sambutan ulangtahun kelahiran Datuk Muhammad Saiful Muhammad Ali, 21, menjadi buah mulut di media sosial.

Not Everyone Is Lucky To Have This ? But I am One Of The Luckiest One Who Got DATO Ship At The Very Young Age ☺?☝Thanks DAD ????❤️? #DatoMuhammadSaiful #DatoSaiful #MuhammadSaiful #YoungBusinessMen #WorkHardPlayHard #SuperstarRecords #IOP

A post shared by DATO SA1FUL (@dato_saiful) on


Sepotong video berdurasi 6 minit memaparkan kehidupan mewahnya menaiki pesawat peribadi lengkap menyarung pakaian berjenama.

Diiringi muzik latar Kollywood, Muhammad Saiful dipertontonkan dengan menyarung cincin berlian dan menindik subang pada telinga kirinya.

Dalam video yang disunting oleh Golden Dreams GDU Film Style Videography itu, Muhammad Saiful bersama seorang lelaki yang dipercayai bapanya disambut dengan kereta mewah jenis Rolls Royce.

Datuk muda itu kemudiannya dibawa masuk ke sebuah dewan dengan diiringi paluan kompang, pertunjukan pencak silat dan diakhiri upacara memotong kek.



Video itu disaksikan lebih 380,000 kali dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengunjung.

Datuk Muhammad Saiful menerima Darjah Indera Mahkota Pahang pada tahun 2015 dan menjadi penaung kepada beberapa buah syarikat besar termasuk syarikat rakaman Superstar Records.

Jom layan gambar-gambar menarik Datuk Muhammad Saiful.








Teks oleh Amri Hassan
Sumber: Golden Dreams GDU Film Style Videography, IG @dato_saiful