Ribuan mak nyah muda telah melaporkan diri untuk sesi latihan kerahan ketenteraan di Bangkok, Thailand pada awal bulan ini.

Miss Mimosa Queen, Patra Wirunthanakij atau lebih dikenali sebagai Nadia antara rekrut yang terpilih untuk menyertai anggota tentera Thailand.



Media tempatan melaporkan, kemunculan golongan itu yang berperwatakan dan berpakaian wanita telah menarik perhatian individu yang turut sama dalam sesi pertama itu terutamanya remaja lelaki.

Dilaporkan unit ketenteraan Thailand menyasarkan untuk merekrut seramai 103,097 orang anggota baharu.

Mereka akan dipecah-pecahkan untuk diserap ke bahagian tertentu dalam pasukan tentera.

76,953 orang akan diserapkan untuk menyertai Tentera Diraja Thai, 16,000 untuk Tentera Laut Diraja Thai, 8,420 untuk Tentera Udara Diraja Thai, 1,173 ke Ibu Pejabat Pasukan Bersenjata Diraja Thai dan selebihnya 551 orang bakal ditempatkan di Pejabat Kementerian Pertahanan sebagai setiausaha tetap.

Program pengerahan ketenteraan kali ini menyasarkan golongan lelaki yang lahir dari tahun 1988 hingga 1995.

Di Thailand, gadis transgender dikenali sebagai Ladyboys dan akan dipaksa untuk mendaftar dan menjalani sesi ujian fizikal untuk menyertai tentera walau tidak berperwatakan lelaki.

Namun, mereka boleh memperoleh sijil pengecualian tetapi masih perlu menghadiri hari pendaftaran tentera kerana undang-undang negara itu tidak mengizikan individu menukar jantina pada dokumen pengenalan diri.








Olahan oleh Amri Hassan
Sumber The Coverage, Reuters