Individu amat kaya (UHNWI) merujuk kepada individu yang memiliki kekayaan atau aset bersih sekurang-kurangnya $30 juta USD (RM131 juta).

Berbanding tahun 2015, Malaysia hanya mempunyai seramai 990 UHNWI.

Data itu dikeluarkan menerusi Laporan Kekayaan Knight Frank 2017 iaitu sebuah firma perunding hartanah global semalam.

Kata Ketua Penyelidikan Knight frank Asia Pasifik, Nicolas Holt, faktor pertambahan golongan itu kerana pengukuhan pasaran saham selepas kemenangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump serta pemulihan pasaran komoditi.

Pada masa ini, Kuala Lumpur disenaraikan di tempat ke-31 daripada 40 negara di seluruh dunia dalam Indeks Kekayaan Bandar Knight Frank 2017 dengan London dan New York masing-masing di tangga pertama dan kedua.

Olahan oleh Amri Hassan
Sumber: Bernama, Astro Awani